Malaysia

SPRM Tahan Bekas Pengarah Disyaki Terima Rasuah RM110,000

KOTA KINABALU: SPRM Sabah menahan bekas pengarah sebuah agensi kerajaan berusia 50-an, disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai RM110,000 daripada syarikat pembekal projek jabatan.

Suspek ditahan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu semalam ketika memberi keterangan. Dia juga dipercayai menerima barangan seperti mesin basuh, komputer riba, telefon pintar, dan aksesori lain sebagai suapan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy, mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. Suspek akan dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker