SST buah-buahan import mungkin dikaji semula

Kerajaan mempertimbangkan untuk menyemak semula kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas beberapa barangan import, termasuk buah-buahan seperti epal dan limau mandarin, yang tidak dihasilkan dalam negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu sedang diteliti oleh Kementerian Kewangan dan berkemungkinan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.
Ia susulan cadangan pihak industri agar buah-buahan import dikecualikan daripada SST memandangkan impaknya terhadap harga dan keperluan rakyat.
Sebelum ini, Mydin Holdings menyuarakan kebimbangan bahawa pelaksanaan SST terhadap buah-buahan import akan membebankan pengguna berpendapatan rendah.
Kerajaan turut mengumumkan peluasan skop cukai perkhidmatan bermula 1 Julai ini sebagai sebahagian usaha memperkukuh ekonomi negara.