Malaysia

Steven Sim tunggu surat saman Zaharuddin susulan kenyataan lantikan Leftenan Jeneral

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Steven Sim Chee Keong bersedia berdepan tindakan saman daripada Yang Dipertua PAS Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad.

Ia susulan Zaharuddin sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila seolah-olah mempertikaikan pelantikan Datuk Johnny Lim Kean Seng sebagai Leftenan Jeneral dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Steven yang juga Menteri Sumber Manusia menegaskan beliau hanya bersuara mempertahankan ATM daripada serangan rasis dan tidak akan berganjak melawan tindakan yang dilihat menghina perpaduan serta pengorbanan anggota tentera.

Menurut Zaharuddin yang juga menantu kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang itu, kemas kininya tidak bermaksud menghina atau merendah-rendahkan pelantikan Johnny.

Sebaliknya, Zaharudin menjelaskan, apa yang dimaksudkannya ialah pelantikan bukan Muslim Bumiputera adalah perkara biasa, tetapi jangan jadikan Perdana Menteri bukan Melayu sebagai perkara biasa seperti pelantikan bukan Melayu dalam ATM.

Johnny sebelum ini mencipta sejarah sebagai individu Cina pertama dilantik ke pangkat tinggi dalam ATM, dalam satu majlis pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera dan disaksikan oleh semua panglima perkhidmatan di Wisma Pertahanan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker