Malaysia
STR Fasa 2: RM1.7 bilion disalurkan mulai Isnin

Kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai Isnin dengan peruntukan RM1.7 bilion, meningkat berbanding RM1.5 bilion tahun lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata hampir 9 juta penerima, iaitu 60% rakyat dewasa, bakal menerima bantuan sehingga RM650 bagi mengurangkan beban kos sara hidup menjelang Aidilfitri.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Kerajaan juga membuka pendaftaran STR 2025 sepanjang tahun bagi memastikan lebih ramai rakyat layak menerima bantuan.
Pemohon baharu yang tiada dalam pangkalan data STR perlu mendaftar untuk proses verifikasi sebelum layak menerima bantuan.