Dunia

Suami ‘hilang’ 7 tahun, muncul di Instagram kantoi menari bersama wanita lain

Mencari jodoh di media sosial sudah menjadi perkara biasa, tetapi bertemu semula dengan suami yang disangka telah mati melalui Instagram, tentunya satu kisah luar biasa seorang wanita bernama Sheelu.

Sheelu berkahwin dengan Jitendra Kumar atau Babloo pada 2017, namun rumah tangga mereka retak seawal perkahwinan.

Dia mendakwa didera dan dipaksa menyediakan hantaran tambahan berupa emas serta barang kemas.

Tidak lama selepas kelahiran anak pertama, Babloo dilaporkan hilang secara misteri dan keluarganya menuduh Sheelu membunuh serta menyembunyikan mayat suaminya.

Selama tujuh tahun Sheelu hidup dengan dilabel sebagai “pembunuh suami,” Sheelu akhirnya didedahkan dengan video suaminya itu menari dengan wanita lain.

Siasatan polis mengesahkan Babloo sebenarnya berpindah ke Ludhiana, Punjab, bekerja di sebuah kilang kain dan sudah pun berkahwin lagi.

Dia kini ditahan atas kesalahan berpoligami tanpa izin serta penderaan berkaitan tuntutan hantaran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker