Malaysia

Suami kepada isteri dari jatuh van di KESAS ditahan, sah positif dadah

Suami kepada wanita yang maut dipercayai tercampak dari sebuah van di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan pada 6 petang Selasa di sekitar Bandar Kinrara.

Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku berlaku pertengkaran mulut dengan isterinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ujarnya lagi, suspek dilaporkan positif dadah jenis methamphetamine dan telah berkahwin dengan mangsa sejak 20 tahun lepas dan dikurniakan dua orang anak.

Dalam kejadian pada 2.35 petang Selasa, polis menerima maklumat daripada lelaki yang melihat wanita tercampak dari sebuah van, sebelum kenderaan itu terus meninggalkan lokasi di Lebuh raya KESAS.

Siasatan di tempat kejadian mengesahkan wanita berusia 44 tahun itu meninggal dunia dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kematian secara tidak sengaja.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker