Malaysia

Suara Siti Nurhaliza jadi sinar harapan selepas koma lima hari di Sydney

Seorang lelaki tempatan yang koma selama lima hari di Australia selepas diserang sakit jantung kembali menunjukkan tanda-tanda pulih selepas mendengar pesanan suara daripada penyanyi kesayangannya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Aimi Nasruddin rebah secara tiba-tiba ketika berehat di Bondi Beach, Sydney pada 9 Julai lalu, sebelum dikejarkan ke Hospital St Vincent untuk rawatan.

Dia berada dalam keadaan koma sehingga bapanya berusaha mendapatkan pesanan suara daripada Biduanita Negara itu sebagai usaha memulihkan semangatnya.

Pesanan suara tersebut yang mengandungi kata-kata semangat, zikir dan selawat, dipercayai menjadi titik tolak kepada reaksi fizikal pertamanya apabila tangan kanan Aimi mula bergerak perlahan.

Kini kembali ke tanah air, Aimi menganggap pemulihannya sebagai satu keajaiban dan tidak menolak ia hasil daripada sokongan moral serta doa berterusan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Pengalaman menyentuh hati itu dikongsikan Aimi sendiri menerusi Instagram dan meraih perhatian netizen yang turut meluahkan rasa kagum dengan keajaiban dan kuasa kata-kata semangat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker