Dunia

Sudah minta maaf, CEO Astronomer digantung tugas pula selepas kantoi curang

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi Astronomer, Andy Byron, digantung tugas susulan video tular yang merakamkan beliau berpelukan dengan Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat itu, Kristin Cabot, ketika konsert Coldplay di Boston.

Rakaman semasa segmen “kiss cam” itu mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen, terutamanya selepas kedua-dua individu dikatakan sudah berkahwin, walaupun tidak disahkan secara rasmi.

Ia turut mencetuskan pelbagai reaksi dan menjadi bahan jenaka di media sosial.

Lembaga pengarah Astronomer mengumumkan siasatan dalaman telah dimulakan dan melantik Ketua Produk, Pete DeJoy sebagai CEO sementara.

Penggantungan ini turut mencetuskan perdebatan mengenai isu privasi di tempat awam dan impak momen peribadi yang menjadi tular secara global.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker