Malaysia

Suhakam gesa lindungi identiti remaja terlibat kes kematian Zara

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengingatkan orang ramai, khususnya media, supaya tidak mendedahkan identiti lima remaja yang akan didakwa berhubung kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Menurut Suhakam, kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding mahkamah dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, termasuk hak kepada sokongan berasaskan trauma, khidmat guaman dan perbicaraan tertutup.

Penerbitan nama, gambar, sekolah atau maklumat yang boleh membawa kepada pengenalan diri mereka adalah satu kesalahan undang-undang.

Suhakam turut menekankan kepentingan mengelakkan stigma terhadap kanak-kanak terbabit serta menggesa platform media sosial memperketat dasar dalaman bagi mengekang pendedahan identiti dan kandungan berbentuk buli.

Semalam, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa beberapa suspek atas kesalahan buli, dengan menegaskan pertuduhan itu tidak akan menjejaskan prosiding inkues.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker