Malaysia
Sultan Ibrahim, Agong pertama lakar sejarah adakan lawatan ke Rusia

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bakal melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia pertama mengadakan Lawatan Negara ke Rusia sejak hubungan diplomatik terjalin pada 1967.
Lawatan itu dijadual berlangsung dari 5 hingga 10 Ogos ini atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Menurut Istana Negara, lawatan tersebut mencerminkan peranan penting Institusi Diraja dalam diplomasi antarabangsa dan dijangka memperkukuh hubungan dua hala.
Sepanjang berada di Moscow, Seri Paduka Baginda dijadual diterima secara rasmi oleh Presiden Putin dalam satu istiadat sambutan negara di Kremlin, disusuli pertemuan rasmi serta Majlis Santapan Negara.