Malaysia
Sultan Ibrahim selamat ditabalkan YDPA ke-17;21 das tembakan meriam

Kuala Lumpur, Julai 20 – Sultan Ibrahim selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam suasana penuh istiadat di Istana Negara yang merupakan lambang kemegahan sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia
Bagi melengkapkan istiadat pertabalan yang diadakan lima tahun sekali itu, Sultan Ibrahim melafaz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Selesai sahaja Sultan Ibrahim melafazkan ikrar, Balairung Seri bergema dengan alunan lagu Nobat Tabal diikuti laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali dan lagu Negaraku, serentak dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.