Malaysia

Sultan Kelantan titah cadangan bina tembok di Sungai Golok dimuktamad segera

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di kawasan Sungai Golok yang bertujuan membanteras penyeludupan dan jenayah rentas sempadan serta menangani isu banjir dimuktamadkan segera.

“Beta menggesa projek lembangan sungai bersepadu Sungai Kelantan dan Sungai Golok dapat disegerakan bagi semua fasa untuk mengatasi isu banjir di negeri ini, keutamaan harus diberikan kepada pembinaan Empangan Lebir yang menjadi keperluan mendesak dalam mengatasi isu banjir di Kelantan.

“Selain itu, Beta memandang serius isu keselamatan di sempadan Malaysia–Thailand. Maka cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di kawasan Sungai Golok perlu dimuktamadkan dengan segera,” titah Baginda.

Sultan Muhammad bertitah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu pada Isnin.

Pada November tahun lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata kerajaan negeri mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan bagi pembinaan tembok sempadan sepanjang 100 kilometer dengan Thailand.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker