Sunshine Kids buka peluang francais, perkasa pendidikan awal kanak-kanak

Sunshine Kids, jenama prasekolah yang semakin kukuh di pasaran sejak ditubuhkan pada 2013, kini membuka peluang francais kepada orang ramai, khususnya usahawan yang mahu menceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Pengasas bersama Sunshine Educational Group, Parameswari Manoharan, berkata idea penubuhan bermula apabila beliau dan suami, Dr. R.V Shyam Prasad yang merupakan pengasas, gagal menemui tadika yang diyakini sesuai untuk anak sulung mereka.
“Sunshine diasaskan oleh saya dan suami pada tahun 2013 ketika anak sulung saya berumur tiga tahun. Pada waktu itu, kami mencari tadika tetapi tidak berasa yakin dengan pilihan yang ada. Dari situ lahirnya idea untuk membuka tadika sendiri, bermula kecil-kecilan, sebelum mendapat sambutan dan berkembang menjadi beberapa cawangan besar selepas itu,” kata Parameswari.
Sunshine Kids kini memiliki lebih 10 tahun rekod prestasi, termasuk 13 anugerah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Menurut Pengurus Kanan, Nur Shalina, kekuatan Sunshine Kids adalah jenama yang kukuh, selain memberi jaminan kepada ibu bapa terhadap aspek kebersihan dan keselamatan anak-anak.
“Apa yang membezakan Sunshine Kids dengan tadika lain ialah kami ada rekod terbukti, jenama kukuh di pasaran dan telah menerima 13 anugerah sejak ditubuhkan. Kami menjaga aspek keselamatan dan kebersihan, kerana sebagai ibu bapa, itu antara perkara paling penting sebelum menghantar anak ke tadika.
Selain itu, kami akan membantu usahawan muda yang mahu mulakan perniagaan. Dari latihan, operasi standard, sehingga strategi pemasaran, semua akan dibimbing dari awal,” ujarnya.
Parameswari pada masa sama menekankan peranan teknologi dan pendekatan terkini seperti penguasaan bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pembelajaran, yang menurutnya penting untuk membekalkan pengalaman pendidikan moden kepada kanak-kanak.
“Sekarang penggunaan teknologi ada baik dan buruk. Antara kebaikannya, kita boleh bawa sistem AI untuk kanak-kanak belajar STEM. Baru-baru ini saya ke China untuk membawa model pendidikan terbaik ke Malaysia.
“Tetapi di sebalik itu, ada cabaran misalnya anak diberi telefon pintar secara berlebihan boleh alami kelewatan pertuturan dan masalah penglihatan. Jadi, kami pastikan Sunshine Kids seimbang, menggunakan teknologi untuk pembelajaran, bukan sekadar hiburan,” tambahnya.
Bagi mereka yang berminat menjadi francaisi, Sunshine Kids menyediakan sokongan menyeluruh termasuk latihan, modul pendidikan terkini, dan kemas kini tahunan program pembelajaran.
Parameswari menambah, Sunshine Kids kini membuka peluang luas kepada pengusaha baharu mahupun yang sudah memiliki tadika.
“Jika kamu berminat membuka tadika atau taska, boleh hubungi kami di Sunshine Kids atau lawati laman web www.sunshinekids.com.my. Kami sediakan program terbaik dengan model terkini serta latihan mencukupi. Sunshine Kids menawarkan pendidikan lengkap di bawah satu bumbung untuk semua bangsa di Malaysia, bermula seawal umur dua tahun hingga enam tahun,” katanya lagi.
Dengan pengalaman lebih sedekad, Sunshine Kids kini bersedia melangkah ke fasa baharu, menjadikan francais sebagai platform memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak berkualiti ke seluruh negara.