Malaysia

Suri Rumah Didakwa Bunuh Suami Selepas 37 Tahun Berkahwin

PETALING JAYA: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan membunuh suaminya di sebuah unit apartmen minggu lalu.

Hew Pit Lee, 59, tidak mengemukakan sebarang pengakuan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Ketika pertuduhan dibacakan, Hew hanya menundukkan kepala dan tidak memberikan sebarang reaksi apabila ditanya beberapa soalan dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.

Dia didakwa membunuh Wong Chee Min, 61, di sebuah unit apartmen di Kajang pada 16 Februari lalu.

Kes ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Majistret Fatin Dayana Jalil menetapkan 17 April sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker