Malaysia

Suri rumah dilapor hilang, ditemui mati dengan kesan jerutan di leher, bilik tidurnya di Indera Mahkota, Kuantan

Kuala Lumpur, Ogos 15 –  Seorang suri rumah yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota Kuatan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat wanita berusia 28 tahun itu ditemui ibu mentuanya.

DIfahamkan, mangsa dipercayai tinggal di rumah itu bersama suami yang merupakan warga China, anak lelaki berusia tiga tahun dan adik ipar perempuannya.

Polis menerima laporan kehilangan mangsa oleh bapanya berusia 62 tahun kira-kira jam 3.25 petang semalam.

Katanya, pengadu dihubungi suami mangsa memaklumkan mangsa ditemui tidak sedarkan dalam bilik tidur dengan kesan jerutan pada leher.

Susulan penemuan mayat wanita itu, polis telah menahan empat ahli keluarga wanita itu untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker