Malaysia

Suspek Tembak Setia City Mall Mati Ditembak Polis

PETALING JAYA: Polis menembak mati seorang lelaki dipercayai suspek utama dalam insiden tembakan di Setia City Mall, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata suspek berusia 30-an ditembak mati selepas berbalas tembakan dalam serbuan jam 3 pagi di sebuah hotel di Pulau Ketam, Klang.

Polis turut merampas dua pistol berisi peluru milik suspek, yang mempunyai sembilan rekod jenayah, termasuk tujuh kes rompakan bersenjata.

Pada 8 Februari, suspek melepaskan beberapa tembakan ke arah seorang pencuci dan mengacukan pistol kepada orang awam sebelum melarikan diri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker