Malaysia

Suspek utama kes bakar Toyota Vios direman tujuh hari

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang disyaki membakar sebuah Toyota Vios di Jalan Tebrau pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat, berkata suspek diberkas di Bukit Pasir, Batu Pahat, pada jam 12.20 tengah malam dalam satu operasi polis. Sebuah Toyota Vellfire yang digunakan ketika kejadian turut dirampas.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pagi ini, dan reman tujuh hari sehingga 11 Februari dibenarkan.

Kejadian yang dipercayai dilakukan oleh suami pemilik kenderaan itu tular di media sosial, dengan kerugian dianggarkan RM90,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dengan api.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker