Malaysia

Syed Saddiq akan lari 200km, dari Muar ke Parlimen, protes isu peruntukan pembangkang

Kuala Lumpur, Jun 27 – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertindak melancarkan insiatif Langkah Muar sebagai tanda protes terhadap kerajaan berikutan menafikan peruntukan bagi parlimen pembangkang.

Menerusi satu perkongsian video yang di muat naik di X semalam, Syed berkata akan berlari sejauh 200 kilometer (KM) iaitu dari Muar ke Parlimen untuk meraih dana bagi pusat khidmat raya di kawasan berkenaan.

Terdahulu media laporkan, kerajaan merangka draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkait penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Sementara itu,Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, draf itu memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker