Malaysia

Syed Saddiq tamat pelarian 200KM sampai ke Parlimen, mengumpul RM160,000 untuk Muar

Kuala Lumpur, Julai 1 – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan misi larian solonya sebanyak 200 KM bermula dari Jambatan Muar pada Jumaat, dan tiba ke Parlimen Malaysia tepat jam 9.30 pagi tadi.

Menerusi inisiatif yang dipanggil ‘Langkah Muar’ itu, Syed Saddiq berjaya meraih sumbangan sebanyak RM160,000 setakat pagi hari ini.

Menurut sumber media tempatan,bekas Menteri Belia dan Sukan itu menzahirkan penghargaan kepada pihak yang sanggup menyumbangkan wang tunai kepadanya walaupun nilainya kecil.

Syed juga berharap apa yang dilakukannya dapat membuka mata kepada semua pihak tidak kira kawasan Parlimen, berhubung isu diskriminasi peruntukan Ahli Parlimen pembangkang yang masih berlarutan sehingga kini.

Menurut beliau lagi, jumlah sumbangan yang diterima, daripada lebih 2,000 rakyat Malaysia menerusi dalam talian, bahkan ada yang sanggup berjumpanya secara bersemuka untuk menyerahkan wang tunai sewaktu sedang berlari.

Terdahulu media laporkan, Syed Saddiq memulakan inisiatif ‘Langkah Muar’ pada Jumaat lalu sebagai tanda protes terhadap kerajaan berikutan menafikan peruntukan bagi Parlimen pembangkang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker