Taikun halalkan ganja, Anutin Charnvirakul bakal PM Thailand baharu

Anutin Charnvirakul, jutawan pembinaan berusia 58 tahun yang pernah menghalalkan ganja di Thailand, bakal dipilih sebagai Perdana Menteri baharu, sekali gus menamatkan dominasi keluarga Shinawatra dalam politik negara itu.
Pelantikannya hadir selepas Paetongtarn Shinawatra digugurkan mahkamah minggu lalu, hanya setahun selepas memegang jawatan.
Kejatuhan itu membuka jalan kepada Anutin untuk meraih majoriti selesa di Parlimen dengan sokongan blok pembangkang.
Bekas timbalan perdana menteri, menteri kesihatan dan menteri dalam negeri itu terkenal kerana menunaikan janji menghalalkan ganja pada 2022, namun juga pernah mencetuskan kontroversi ketika krisis COVID-19.
Kemenangan Anutin menandakan berakhirnya pengaruh politik dinasti Shinawatra yang mendominasi Thailand lebih dua dekad.
Sementara itu, pengasasnya, Thaksin Shinawatra, dilaporkan terbang ke Dubai sebelum pengundian berlangsung dan kini berdepan kemungkinan hukuman penjara semula.