Malaysia

“Tak cukup popular, tak layak jadi penyampai radio?” – Graduan komunikasi luah kecewa

Mungkin sudah tiba masanya untuk syarikat penyiaran radio tempatan lebih terbuka dalam mempertimbangkan graduan fakulti pengajian komunikasi sebagai penyampai radio.

Luahan ini semakin lantang disuarakan oleh bekas graduan di platform ‘X’, yang berpendapat bahawa populariti kini menjadi faktor utama dalam pemilihan penyampai radio, mengatasi kelayakan akademik dan kemahiran komunikasi.

Akibatnya, graduan dalam bidang ini sering diketepikan, walaupun mereka memiliki asas ilmu dan latihan yang lebih relevan untuk memenuhi permintaan industri penyiaran.

Mereka juga berpandangan bahawa kontroversi yang berlaku baru-baru ini mungkin berpunca daripada kurangnya kefahaman terhadap etika penyiaran.

Tidak semua penyampai radio diberikan pendedahan atau dilatih dengan ilmu komunikasi yang betul, menyebabkan kesilapan yang boleh mencetuskan isu sensitif.

Kekurangan peluang untuk menimba pengalaman dalam industri turut menjadi punca mereka beralih arah ke bidang lain.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker