Dunia

Tak duduk diam, AS naikkan lagi tarif 125% selepas China cuba tunjuk taring

Tidak mahu tunduk dengan tindakan China yang mula bertindak agresif dengan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 84%, Amerika Syarikat kenakan 125% kadar tarif terhadap China.

Presiden Donald Trump, membuat pengumuman itu hanya beberapa jam selepas Beijing meningkatkan cukai import dari AS dan berikrar akan “berjuang hingga ke akhir”.

Langkah balas China itu sebagai respons terhadap tarif 104% yang dikenakan Trump sebelum ini, dalam siri tindakan yang turut melibatkan negara lain seperti Eropah dan Kanada.

Trump dalam kenyataan balasnya mendakwa China tidak menunjukkan “rasa hormat”, lalu mengumumkan kenaikan mendadak tarif ke 125%.

Bagaimanapun, beliau menangguhkan pelaksanaan tarif tambahan ke atas negara lain selama 90 hari.

Tahun lalu, Amerika mengeksport barangan bernilai AS$199 bilion ke China, manakala import dari China ke AS pula mencecah AS$463 bilion dan menjadikannya rakan dagang ketiga terbesar selepas Mexico dan Kanada.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker