Malaysia

Tak perlu besarkan isu beri cenderahati kepada Presiden China – Anthony Loke

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke meminta isu pemberian cenderahati kepada Presiden China, Xi Jinping tidak perlu diperbesarkan dan diperkatakan.

Beliau berkata, cenderahati itu buatan Malaysia dan ukirannya diperbuat oleh Royal Selangor dan ia merupakan hadiah peribadi dan bukan pemberian daripada kerajaan.

Sebelum ini, kecoh di media sosial susulan klip rakaman mengenai perkara itu yang tular dan mendapat perhatian ramai selepas ia dimuat naik oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching di laman Facebook miliknya.

Loke didakwa menyampaikan cenderahati berbentuk plak yang mempunyai ukiran naga itu melalui ‘pintu belakang’ tanpa sebarang protokol rasmi.

Plak tersebut diberikan pada 17 April lalu sebelum Xi berlepas ke Kemboja selepas berada di Malaysia selama tiga hari dalam lawatan negaranya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker