Malaysia
Taman Eko Rimba dan Hutan Simpanan Kekal akan ditutup sementara mulai 15 Nov
Kuala Lumpur, Oct 22 – Taman Eko Rimba dan Hutan Simpanan Kekal akan ditutup sementara bagi semua aktiviti rekreasi bagi mengelak sebarang risiko kemalangan kepada pengujung susulan musim Monsun Timur Laut, mulai 15 November ini.
Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, Azhar Ahmad menerusi satu kenyataan berkata penutupan sementara bermula 15 November hingga 31 Januari tahun depan.
Difahamkan, Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Barat Sarawak dan Timur Sabah.
Fenomena ini dapat disaksikan empat hingga enam episod hujan lebat berterusan sepanjang Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada Mac 2025.