“Tamatkan perang Ukraine dengan rundingan atau kami gunakan kekuatan tentera” – Putin

Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan terdapat peluang untuk menamatkan konflik di Ukraine melalui rundingan, namun tidak menolak kemungkinan menggunakan kekuatan ketenteraan jika itu satu-satunya jalan.
Bercakap di Beijing selepas lawatan yang menyaksikan perjanjian baharu saluran paip gas ke China, Putin menyifatkan terdapat isyarat positif dengan usaha pentadbiran Presiden Donald Trump di Amerika Syarikat yang dilihat mahu mencari penyelesaian.
Bagaimanapun, beliau tetap berpegang pada tuntutan utama Rusia, termasuk menolak kemasukan Ukraine ke NATO serta menamatkan diskriminasi terhadap penutur bahasa Rusia.
Putin turut menyatakan kesediaan bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, sekiranya pertemuan itu diadakan di Moscow dan membawa hasil yang nyata.