Dunia

Tanah Runtuh India:Sekurang-kurang 54 terkorban, di Wayanad, Kerala; Angka kematian terus meningkat

Kuala Lumpur, Julai 30 – Sekurang-kurangnya 54 orang terkorban akibat kejadian tanah runtuh di kawasan bukit Wayanad, Kerala, selatan India hari ini, dengan angka kematian dijangka terus meningkat.

The Indian Express melaporkan bencana itu telah menyebabkan kira-kira 250 orang terkandas di kawasan terjejas
dan akibat cuaca buruk ia terjejas operasi menyelamat oleh Tentera Darat dan pegawai tempatan negara itu.

Perdana Menteri Narendra Modi menyatakan kebimbangan dan menghulurkan bantuan kewangan menerusi Tabung Bantuan Negara Perdana Menteri yang diperuntukkan kepada setiap keluarga yang kehilangan nyawa.

Sementara itu, Ketua Pembangkang dan bekas Ahli Parlimen Wayanad Rahul Gandhi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan menggesa Kerajaan menyediakan semua sokongan yang diperlukan untuk menyelamat dan merawat mangsa yang terjejas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker