Malaysia
Trending

Tanah Runtuh Melawati: Lebih 300 penduduk daripada 20 buah rumah diarah pindah ke Dewan serba guna

Kuala Lumpur, Oct 15 – Lebih 300 penduduk daripada 20 buah rumah diarah mengosongkan kediaman mereka susulan kejadian tanah runtuh di lereng bukit Jalan E6 Taman Melawati, akibat hujan lebat, pagi tadi.

Kesemua mangsa diminta berpindah ke dewan serba guna berhampiran di Jalan E5, di situ.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian kira-kira jam 10.30 pagi tadi mengakibatkan laluan utama ke perumahan berkenaan mengalami kerosakan selain sebuah kenderaan.

Katanya, ia juga melibatkan sebuah kabin pondok pengawal yang terbalik akibat runtuhan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker