Malaysia
Tanah Runtuh:Sebuah kereta jatuh dalam tebing di Pandah Indah

Kuala Lumpur, Nov 4 – Sebuah kereta terjatuh ke dalam tebing selepas kejadian tanah runtuh di Jalan Maju 1/4 Lembah Maju, Pandan Indah, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis, bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dikejarkan ke tempat kejadian.
Katanya,pihaknya mendapati lokasi kejadian itu merupakan parkir awam bersebelahan sebuah longkang besar.
Mengulas beliau berkata, pihak berkuasa menunggu analisa pakar cerun dalam usaha mengalihkan kereta berkenaan.