Malaysia

Tarif air Kedah tetap antara terendah di Malaysia meskipun naik 6 sen

Tarif air baharu di Kedah ditetapkan pada kadar 81 sen bagi 20 meter padu pertama, meningkat enam sen berbanding sebelum ini.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, kenaikan itu dilihat tidak membebankan kerana masih lebih rendah berbanding negeri lain.

Langkah ini jelasnya penting untuk memastikan Syarikat Air Darul Aman (SADA) terus mencatat keuntungan dan mampu membayar komitmen hutang.

Rekod kewangan SADA menunjukkan syarikat itu pernah rugi RM36 juta pada 2019, namun kembali untung selepas reformasi operasi sejak 2020, dengan keuntungan RM41.5 juta tahun lalu dan unjuran RM80 juta pada 2024.

Kerajaan negeri menegaskan kelewatan atau kegagalan membayar hutang berisiko menyebabkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengambil alih operasi air Kedah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker