Tarif Elektrik Naik 14% Mulai Julai 2025

Bermula Julai 2025, kadar tarif asas elektrik di Semenanjung Malaysia akan meningkat 14.2% dengan jadual tarif baharu di bawah Tempoh Kawal Selia Keempat (RP4) dari Jan 2025 hingga Dis 2027.
Walau bagaimanapun, tiada perubahan kadar dan struktur tarif akan berlaku dalam enam bulan pertama RP4 sehingga 30 Jun 2025, memberi masa kepada pengguna untuk menyesuaikan diri. Sebarang perbezaan kos sepanjang tempoh itu akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) komited untuk memastikan bekalan elektrik yang stabil dan menyokong agenda peralihan tenaga negara. Kos penjanaan kekal komponen terbesar tarif, dengan gas dan arang batu sebagai bahan bakar utama.
TNB menyatakan kadar pulangan kawal selia kekal pada 7.3%, memastikan pelaburan penting terus dilakukan untuk memenuhi permintaan elektrik yang meningkat.