Dunia

Tawan Gunung Everest dalam masa lima hari dengan gas xenon

Kebiasaannya, ia mengambil masa sehingga berminggu-minggu untuk menawan Gunung Everest, namun empat pendaki dari Britain ini berjaya ke puncak dalam tempoh kurang lima hari selepas berlepas dari London.

Semuanya dengan bantuan gas xenon, pendekatan baharu yang memendekkan tempoh aklimatisasi yang biasanya mengambil masa beberapa minggu hingga bulan.

Mereka menghidu gas xenon di Jerman sebelum ekspedisi dan menjalani latihan dalam khemah khas yang mensimulasikan altitud tinggi. Seperti pendaki lain, mereka turut menggunakan oksigen tambahan semasa mendaki.

Gas xenon, yang lazim digunakan dalam bidang perubatan kerana sifat anestetiknya, membantu tubuh menyesuaikan diri dengan kekurangan oksigen dan mencegah penyakit altitud.

Pendakian yang lebih singkat ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan, tetapi juga mengurangkan impak alam sekitar seperti penghasilan sampah dan sisa manusia.

Ini merupakan kali pertama pendaki awam menggunakan xenon, berbeza dengan penggunaannya sebelum ini yang terhad kepada pemandu gunung.

Walau bagaimanapun, ada pihak dalam komuniti pendakian yang mempersoalkan pendekatan ini dan menganggapnya sekadar gimik.

Sehingga kini, Nepal telah mengeluarkan 468 permit mendaki Everest untuk musim Mac hingga Mei, dengan lebih 200 pendaki telah sampai ke puncak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker