Tawaran wang tunai 1,000 dolar AS kepada pendatang asing keluar dari AS

Pendatang asing tanpa izin di Amerika Syarikat ditawarkan wang tunai AS$1,000 jika mereka bersetuju untuk pulang ke negara asal secara sukarela.
Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kristi Noem berkata langkah itu menjadi jalan paling selamat dan mampu mengelakkan pendatang asing daripada ditahan.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) menyifatkan inisiatif terbabit dapat mengurangkan kos pengusiran dengan ketara, iaitu lebih dua pertiga daripada kos biasa.
Pembayaran akan dibuat selepas individu berkaitan memilih untuk pulang menerusi aplikasi Customs and Border Protection (CBP) Home App.
Pendatang asing yang menerima pengesahan itu sekaligus tidak berdepan sebarang masalah sekiranya dikesan oleh Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE).