Malaysia

Tayar treler pecah akibatkan 5 maut termasuk 3 beranak

Lima individu, termasuk tiga sekeluarga, maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sedenak, sekitar 11.30 malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh, memaklumkan bahawa tiga mangsa maut di lokasi, termasuk Mariam Sasarudin, 2 tahun, manakala ibu bapanya, Nasarudin Pardi, 36, dan Siti Khazira Bani, 35, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Dua lagi mangsa ialah pemandu Proton X50, Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23, serta seorang penumpang lelaki yang masih belum dikenal pasti.

Nahas menjelang Syawal ini berpunca daripada tayar pecah sebuah treler yang hilang kawalan sebelum merempuh Toyota Camry, lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar Proton X50 serta Honda Stepwagon Spada.

Akibatnya, Stepwagon Spada terbakar, namun penumpangnya sempat keluar sebelum api merebak.

Lapan yang cedera kini dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom, Kluang.

Pemandu treler telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, namun didapati bebas dadah serta tiada rekod jenayah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker