Malaysia
Telefon bimbit, ‘power bank’, komputer riba rosak bakal digantikan – Gobind Singh

Peranti digital milik mangsa yang musnah akibat kebakaran saluran paip gas bawah tanah Petronas di Putra Heights bakal digantikan oleh Kementerian Digital.
Menterinya, Gobind Singh Deo, berkata pihaknya sedang dalam proses menggantikan peranti seperti telefon bimbit, komputer dan power bank dan memberitahu bahawa pengumuman inisiatif itu bakal dibuat dalam sehari dua.
Katanya, kementerian itu turut menggerakkan kerja bantuan dan penduduk terjejas boleh memohon bantuan di pejabat Ahli Parlimen dan ADUN masing-masing.
Setakat ini, 1,254 mangsa daripada 308 keluarga dikenal pasti terkesan, dengan 630 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala selebihnya menumpang di rumah saudara.