Malaysia

Tender pembinaan MyKiosk disiasat SPRM

Dakwaan rasuah dan penyelewengan berhubung tender MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mula disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, SPRM menerima aduan daripada sebuah parti politik dan menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan berkenaan.

Katanya, Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) juga telah memulakan proses penyiasatan secara serentak.

Selain KPKT, beberapa pihak yang terlibat turut memberi sejumlah dokumen berkaitan projek ini dan SPRM akan memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu pengesanan sekiranya wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam proses tender.

Katanya, SPRM juga akan meneliti keseluruhan proses tatakelola sekiranya wujud sebarang kepincangan dan pelanggaran peraturan, termasuk sistem dan prosedur yang ditetapkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker