Tengku Hassanal murka, terkilan mahu Muhyiddin dikenakan tindakan sentuh 3R

Kuala Lumpur, Ogos 19 – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah murka serta terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan tegas tanpa kompromi kepada Muhyiddin yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R (raja, agama, bangsa).
Titahnya, Muhyiddin sengaja memperlekeh serta mempertikaikan tugas dan peranan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Tengku Hassanal tegas berkata Muhyiddin memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat untuk menunjukkan Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.