Tengku Zafrul disahkan sertai PKR Ampang

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang selepas permohonannya diterima dua minggu lalu.
Pada 30 Mei lalu, beliau meletakkan jawatan dalam UMNO, termasuk sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli parti, sebelum menyatakan hasrat menyertai PKR.
Penyertaan Tengku Zafrul ke dalam PKR Ampang disahkan pimpinan parti, yang menyifatkan ia sebagai perkembangan biasa dalam landskap politik.
Dalam pada itu, Ketua PKR Ampang Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad menyifatkan spekulasi yang mungkin timbul susulan penyertaan Tengku Zafrul Aziz dalam cabang itu sebagai perkara biasa dalam politik.
Lebih dikenali sebagai Altimet, beliau berkata PKR Ampang mengalu-alukan kemasukan Zafrul yang disahkan Setiausaha Agung Fuziah Salleh.