Malaysia

Tercekik Gula-Gula ‘Gummy’ Mata; Fahmi,10, Masih Kritikal

GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak lelaki, Mohamad Fahmi Hafiz, 10, kini dalam keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang selepas tercekik gula-gula ‘gummy’ berbentuk mata di kelas KAFA, Sungai Dua, Butterworth, semalam.

Mangsa rebah selepas tersedak kira-kira jam 2.30 petang. Guru KAFA yang menghubungi ambulans diminta memeriksa mulutnya dan menemui gula-gula tersangkut di tekaknya. Satu lagi gula-gula serupa ditemui dalam poketnya.

Menurut ibu saudaranya, Siti Farhani, doktor memaklumkan tiada perkembangan positif setakat pagi tadi. Jika tiada perubahan hingga Jumaat, ubat akan dihentikan.

Ibu bapa Fahmi dalam keadaan emosi tidak stabil dan enggan memberi komen. Kisahnya tular di media sosial selepas Siti Farhani memohon doa orang ramai untuk keajaiban.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker