Dunia

Terdesak untuk kurus; wanita dimasukkan ke hospital selepas ambil 200 pil diet setiap hari

Shanghai, 20 Julai
Seorang wanita di Shanghai, China, yang bertekad untuk menurunkan berat badan, telah dimasukkan ke hospital selepas mengambil 200 pil diet setiap hari.

Wanita berusia 39 tahun itu kini hanya seberat 25 kilogram dan tidak mampu berjalan, lalu dibawa ke hospital dengan kerusi roda untuk menerima rawatan.

Berat asalnya hanyalah 40 kilogram, namun beliau masih tidak berpuas hati dengan tubuh badannya — terutamanya terhadap lemak di bahagian paha dalam.

Dalam usaha mencari penyelesaian, beliau menemui pil diet berwarna merah jambu yang dihasilkan di Jepun.

Wanita itu telah mengambil pil berkenaan secara berterusan selama 12 tahun. Secara perlahan-lahan, beliau mengurangkan pengambilan makanan dan memastikan tidak terlepas mengambil pil tersebut setiap hari.

Pada satu ketika, jumlah pil yang diambil mencecah lebih daripada 150 biji sehari, dan beliau berhenti makan sepenuhnya.

Akhirnya, walaupun berat badannya menyusut ke 25 kilogram, beliau tidak menyedari bahawa tubuhnya kini berada dalam keadaan yang sangat berbahaya.

Kesihatannya semakin merosot dan kini beliau terlantar di hospital.

Pemeriksaan mendapati wanita itu mengalami kehilangan selera makan, sembelit kronik, serta kekurangan zat makanan yang serius.

Dalam video yang dikongsikan oleh pihak hospital, tubuh wanita tersebut kelihatan seperti hanya tinggal kulit dan tulang; tulang belakangnya jelas kelihatan dari belakang.

Kisah wanita yang memilih jalan pintas untuk menurunkan berat badan sehingga tubuhnya menjadi ‘kering kontang’ ini kini menjadi topik perbualan hangat di media sosial.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker