Terengganu di atas Perlis, Kelantan rekod kadar tertinggi penagih dadah

Terengganu kekal merekodkan kadar tertinggi penagih dan penyalah guna dadah di Malaysia setakat Mac 2025, dengan 663 kes bagi setiap 100,000 penduduk.
Diikuti Perlis (609 kes) dan Kelantan (597 kes) yang berada di kedudukan ketiga tertinggi, meskipun mencatatkan penurunan sebanyak 5.4 peratus berbanding tahun lalu.
Secara keseluruhan, sebanyak 108,409 penagih dan penyalah guna dadah telah dikesan di seluruh negara, dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi seramai 11,280 orang.
Penyalahgunaan dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) kekal dominan di negeri itu, melibatkan 89.3 peratus atau 10,071 individu daripada keseluruhan kes yang direkodkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Antara faktor penurunan kadar di Kelantan termasuk penutupan jalan tikus dan pangkalan haram yang menyukarkan aktiviti penyeludupan dari negara jiran, selain program pendidikan dan kawalan yang berterusan.