Malaysia
Terengganu isytihar cuti peristiwa Aidilfitri pada 30 Mac

Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan 30 Mac 2025 sebagai Hari Kelepasan Am sempena Aidilfitri 2025.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, berharap cuti ini memberi peluang kepada rakyat untuk meraikan perayaan bersama keluarga.
Selain itu, Kerajaan MADANI bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam negeri.