Dunia

Terima pesanan hantar barangan ke masjid, rupa-rupanya mayat bayi

Seorang penghantar barangan berdepan detik mengerikan apabila bungkusan yang dibawanya sebelum dihantar kepada penerima, merupakan bayi yang tidak lagi bernyawa.

Muhammad Yusuf Ansari, 35, menerima pesanan menerusi aplikasi Gojek yang dibuat di Kota Medan, Sumatera Utara yang memintanya untuk menghantar bungkusan ke kawasan masjid.

Pesanan itu dikatakan perlu dihantar kepada penerima yang bernama ‘Putry’, dan sebaik dia tiba di perkarangan masjid, dia mencari individu tersebut namun penduduk di kawasan itu mendakwa mereka tidak mengenali nama tersebut.

Dia kemudian memeriksa semula maklumat pesanan dan memeriksa bungkusan yang hanya disedarinya bahawa ia merupakan bungkusan berisi mayat bayi.

Menurut media tempatan, penunggang tersebut mendapat pesanan di SPBU Simpang Jalan Bilal untuk dihantar ke Jalan Ampera yang mana pengirimnya hanya dikenali sebagai Rudi dan dipercayai pasangan kekasih berusia muda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker