Malaysia

Terminal Bersepadu Gombak mula terima penumpang 15 Mac ini

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) akan beroperasi secara berperingkat mulai 15 Mac sebagai hab utama perjalanan ke negeri Pantai Timur.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, terminal itu diharap dapat mengurangkan kesesakan di terminal lain menjelang sambutan Aidilfitri.

Pada minggu pertama, TBG hanya menerima penumpang yang turun dari Pantai Timur, manakala perkhidmatan menaiki bas dijangka bermula pada minggu kedua.

TBG dilengkapi kemudahan membeli-belah, restoran, dan dewan serbaguna untuk disewa malah dilaporkan lebih mesra pengguna bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Untuk masa akan datang, TBG bakal menjadi hab pengangkutan yang menghubungkan bas, LRT, dan ECRL, lebih memudahkan perjalanan ke ibu kota bagi pengguna dari Pantai Timur.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker