Terpaksa batal pesanan pelanggan, permintaan lucah, pelawa bersetubuh; Netizen puji pendirian abang rider,tinggi iman!
Kuala Lumpur, Julai 29 – Sejak kelmarin gambar tangkapan skrin tular memaparkan luahan seorang penunggang ‘Grab terpaksa membatalkan beberapa pesanan pelangganya yang disyaki mempunyai permintaan yang lucah dan mempelawa dia untuk bersetubuh.
Menerusi perkongsian di TikTok, penunggang ‘Grab’ iaitu seorang lelaki memperkongsikan beberapa tangkapan skrin antaranya menunjukkan seorang pelanggan tidak cukup wang malah minta lelaki itu untuk bersetubuh dengannya.
Ada juga minta hantar makanan sampai ke bilik dan ada juga mesej berkata dia berseorangan di rumahnya dan meminta lelaki itu untuk bersama-sama dengannya.
Dalam perkongsian yang sama, lelaki itu juga memperkongsikan dia kemudian menjadi penunggang ‘Lalamove’ dan mendapati mesej yang lucah sama.
Mengulas dalam perkongsian itu, dia menyatakan dugaan yang terpaksa diharunginya sebagai seorang penunggang, dan perkongsian itu mengundang pelbagai komen daripada warga netizen puji pendirian lelaki itu yang mempunyai iman yang tinggi.