Malaysia

Tertidur dalam van sekolah, kanak-kanak ditemui maut di bahagian pintu selepas 5 jam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Yu Zie, maut selepas dipercayai tertinggal hampir lima jam dalam van sekolah di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri pada Selasa lepas.

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri kira-kira jam 12 tengah hari dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta.

Menurut polis, Yu Zie dipercayai tertidur ketika dalam perjalanan ke tadika sekitar jam 7.15 pagi dan tidak disedari tertinggal dalam van selepas pelajar lain diturunkan. Mangsa ditemui di bahagian pintu van.

Susulan kejadian, polis menahan pemandu van berusia 56 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan cuai dan pengabaian. Lelaki itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker