Thailand menjadi negara pertama dalam Asia Tenggara, iktiraf perkahwinan sama jenis
Kuala Lumpur, Jun 18 – Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara mengiktiraf perkahwinan sejenis, selepas Senat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) itu, hari ini.
Menurut sumber media Thailand, senat telah meluluskan RUU dengan 130 undi dan 18 berkecuali, untuk mengubah undang-undang perkahwinan yang membenarkan pasangan sejenis.
Senat mengundi secara majoriti menyokong rang undang-undang yang kini akan mendapat perkenan diraja dan formaliti lain, dimana difahamkan boleh mengambil masa kira-kira empat bulan sebelum ia menjadi undang-undang rasmi negara itu.
Undang-undang baharu itu juga mentakrifkan perkahwinan dalam istilah ‘neutral’ jantina dan bukannya merujuk hanya kepada “lelaki” dan “wanita” dan memberikan hak pasangan sejenis ke atas pewarisan, kebenaran hospital, pengurusan harta dan pengangkatan yang sebelum ini dinafikan kepada mereka.