Thailand: Parlimen akan pilih Perdana Menteri baharu esok
Kuala Lumpur, Ogos 15 – Parlimen Thailand akan bersidang hari ini untuk memilih Perdana Menteri baharu susulan keputusan mahkamah menyingkirkan Srettha Thavisin pada Rabu lepas.
Menerusi satu kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Dewan Perwakilan, Leftenan Polis Kanan Arpath Sukhanunth, beliau memaklum bahawa Speaker Dewan Rakyat, Wan Muhamad Noor Matha menghantar notis kepada semua Ahli Parlimen (MP) pada petang Rabu, menyeru mereka untuk hadir ke mesyuarat yang akan diadakan pada 10 pagi, Jumaat.
“Ahli Parlimen akan mengundi untuk mempertimbangkan individu yang sepatut dilantik sebagai Perdana Menteri mengikut Seksyen 159 Perlembagaan Kerajaan Thailand,” kata kenyataan itu.
Terdahulu media laporkan, Mahkamah Perlembagaan nagara itu memutuskan Srettha dilucutkan daripada jawatan perdana menteri selepas didapati bersalah melantik seorang menteri yang mempunyai rekod jenayah pada Mei lalu.