Thailand pecat PM digantung tugas, Paetongtarn Shinawatra

Mahkamah Perlembagaan Thailand memecat Perdana Menteri digantung tugas, Paetongtarn Shinawatra kerana melanggar etika dan gagal mengekalkan standard kepimpinan.
Pemecatan itu menamatkan jawatan anak bongsu bekas PM Thaksin Shinawatra selepas setahun berkhidmat.
Tindakan diambil berikutan dakwaan berkaitan kebocoran rakaman audio perbualannya dengan bekas PM Kemboja, Hun Sen, pada Jun lalu semasa konflik sempadan kedua-dua negara.
Perkara itu melanggar Seksyen 161.4 dan 161.5 Perlembagaan 2017 yang menuntut menteri dan PM berintegriti serta mematuhi standard etika.
Langkah ini mengikuti klausa sama yang menyingkirkan pendahulunya, Srettha Thavisin kerana mencalonkan anggota Kabinet tidak layak.
Paetongtarn sebelum ini memohon maaf atas kenyataannya dan mengakui kesilapan dalam rundingan bersama Hun Sen.