Tiada bantuan berjaya tembusi Semenanjung Gaza setakat ini – PBB

Tiada bantuan kemanusiaan lagi yang berjaya diagihkan di Semenanjung Gaza, sehari selepas Israel membenarkan penghantaran terhad bantuan disambung semula selepas sekatan selama 11 minggu.
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, empat trak membawa makanan bayi telah dihantar ke bahagian Palestin di lintasan Kerem Shalom pada Isnin, manakala beberapa puluh trak membawa tepung, ubat-ubatan dan bekalan asas lain memasuki Gaza pada Selasa.
Pihak berkuasa Israel mengarahkan supaya bekalan dipunggah di bahagian Palestin lintasan Kerem Shalom dan dimuat semula secara berasingan selepas pasukan dibenarkan masuk dari dalam Gaza.
Israel menyatakan, sekatan itu bertujuan menghalang kumpulan pejuang Palestin, Hamas daripada menyalahgunakan bantuan kemanusiaan.
Hamas bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Israel turut memberi amaran akan memperhebat operasi ketenteraan terhadap Hamas dan berhasrat menguasai keseluruhan Gaza, yang musnah sejak serangan lintas sempadan oleh Hamas pada Oktober 2023.