Tiada keperluan pihak polis sorokkan kes kematian – KP Selangor

Polis Selangor menafikan dakwaan wujud kematian susulan letupan paip gas di Putra Heights, dan menegaskan tiada sebarang nyawa terkorban dalam kejadian itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menyifatkan tuduhan kononnya polis menyembunyikan kematian sebagai tidak berasas dan langsung tidak memberi manfaat kepada pihak berkuasa.
Beliau menegur netizen agar tidak menyebar spekulasi kerana ia hanya menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai.
Katanya, setiap agensi berkaitan menjalankan dokumentasi dan siasatan secara telus, dan jika ada individu yang kehilangan ahli keluarga atau harta benda, mereka diminta tampil membuat laporan.
Setakat ini, 120 anggota termasuk dari Pasukan Gerakan Am (PGA) telah ditempatkan bagi menjaga keselamatan di kawasan terjejas.